Biskut Oreo Biskut Oreo Profile Biskut Oreo Facebook

Tuesday 22 March 2011

HATI SEORANG INSAN YANG BERNAMA LELAKI

Assalamualaikum Jelitawan dan Mr Jelitawan yang dihormati,
Ini kisah seorang insan terpilih
Kisah bermula mengenai seorang pemuda tampan yang kuat beribadah dan sangat rajin. Suatu ketika dia menyertai� Persatuan Menunggang Basikal untuk mengisi masa terluang. Di situ dia menemui seorang gadis cantik yang berperwatakan agak kasar lalu jatuh hati. Pemuda yang sering memerhati gerak laku si gadis ini nyata tertawan dengan kelembutan yang terselindung di balik perwatakan kasar gadis tersebut. Si gadis pada mulanya sentiasa cuba mengelak dari bertemu pemuda ini tidak berjaya kerana kerajinan dan usaha tanpa jemu pemuda tersebut cuba menakluki hati gadis pujaan .
Pemuda itu sentiasa mencuri peluang untuk berlatih bersama gadis idaman hati. Waktu rehat selepas latihan pula sering diisi dengan perbincangan skill baru bagi memantapkan kayuhan di trek dan juga serba sedikit ilmu agama buat pedoman bersama. Setelah beberapa ketika berlatih bersama ternyata, si gadis cantik ini pun mula tertarik� juga padanya kerana akhlak yang baik, amal dan ibadahnya kepada Allah dan keikhlasan hati pemuda tersebut. Lama persahabatan ini diikat kuat dengan rasa ikhlas, kasih dan sayang.
Karena sudah jatuh cinta, akhirnya pemuda itu membuat keputusan untuk menghantar rombongan melamar gadis impiannya itu. Lalu meminta pendapat seorang rakan baiknya. Tetapi keputusan tersebut belum lagi dinyatakan secara jelas kepada gadis tersebut.Pemuda tersebut ingin membuat persiapan lengkap terlebih dahulu dan ingin memberi kejutan kepada gadis pujaan hatinya pada suatu tarikh yang istimewa untukmereka berdua.
Di luar pengetahuan pemuda tadi, si gadis mengidap penyakit barah darah peringkat 4. Walaupun lasak di trek , kesakitan yang cuba dihapuskan seringkali terasa jua.Walau demikian, cinta keduanya tak bisa padam bahkan semakin berkobar. Gadis malang itu akhirnya mengirim pesan melalui rakan baik pemuda tersebut apabila mengetahui� tentang kejutan yang akan dibuat oleh kekasihnya. Pesanannya berbunyi, ‘Aku tahu cintamu kepadaku, dan aku juga redha dengan ujian Allah padaku. Kerana kasih, sayang dan cintaku padamu , aku mahu kamu bahagia walaupun tanpa diri bersamu lagi nanti. Ketahuilah olehmu, sebaik-baik cinta adalah cintamu yang mampu mengiringiku menuju kebaikan.�� Dijawab oleh pemuda tadi melalui rakannya, “sayangku, janganlah dikau buat aku takut dan bersedih, sesungguhnya kita akan melalui segala kesukaran tersebut bersama dengan izin Allah. Kita pasti dapat melalui semua ini dengan baik.”
Ketika disampaikan pesan tadi kepada si gadis, nyata dia tidak mampu untuk melihat pemuda kesayangannya mengalami kesedihan dan kesukaran bersamanya. Kebaikan dan keikhlasannya sepatutnya dibalas kegembiraan bukan kesengsaraan. Lalu dia memutuskan untuk tidak lagi bertemu dan berutus khabar. Kemudian dia meninggalkan urusan dunia dan menyingkirkan perbuatan-perbuatan buruknya serta mulai beribadah mendekatkan diri kepada Allah. Akan tetapi, walaupun begitu, dia masih menyimpan perasaan cinta dan rindu pada sang pemuda. Tubuhnya mulai kurus dan kurus menahan rindu dan kesakitan,sampai akhirnya dia meninggal dunia kerana kedua-duanya.
Dan pemuda itu seringkali berziarah ke kuburnya,Dia menangis dan mendo’akanya. ” Semoga dirimu berbahagia di Syurga Allah…. Aku harap kau selalu ingat padaku di sana, kerana aku di sini juga tidak pernah melupakanmu. Demi Allah, aku tidak pernah melupakanmu . Semoga kita akan bertemu di Syurga milik Allah suatu ketika nanti.�
Setelah beberapa ketika, bonda pemuda tersebut ingin menjodohkan anaknya dengan seorang gadis pilihannya untuk mengembalikan kehidupan indah dan kegembiraan hati anaknya. Akan tetapi permintaan bonda seringkali ditolak oleh anaknya itu. “Kasihnya hanya satu, pada gadis bermata indah yang telah mencuri hatinya suatu ketika dahulu… dan kini cintanya telah dikuburkan bersama pujaan hatinya….
Selalu dikatakan lelaki tidak jujur dan tidak setia kepada cinta. Kisah ini membuktikan salah tanggapan tersebut.
Cinta adalah sesuatu yang sangat sukar dimengertikan…Hanya yang jujur dan ikhlas saja yang beruntung memiliki cinta sejati.
CINTAI ALLAH, DIA YANG KEKAL ABADI

2 comments:

cik kolat said...

teruskan dodol! chaiiyok2

Biskut Oreo said...

ko la dodol....huhuahauahaua