Biskut Oreo Biskut Oreo Profile Biskut Oreo Facebook

Thursday 24 March 2011

RAPUH

 - Rapuh -



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Wednesday 23 March 2011

PERSINGGAHAN INI

Dunia adalah tempat persinggahan menuju ke akhirat.

Dan dunia itu sendiri punya banyak tempat persinggahan.

Dan saya bakal meninggalkan persinggahan yang entah ke berapa ni, tak lama je lagi.

Persinggahan yang paling lama, yang paling banyak kenangan, dan yang paling banyak membentuk diri saya seperti mana saya pada hari ini.


Terasa berat untuk melepaskannya, melepaskan individu-individu yang pernah mewarnai hidup saya, yang pernah menjadi sebahagian daripada kisah hidup saya.

Tapi sekali lagi, dunia hanyalah tempat persinggahan. Maka seharusnya setiap pertemuan itu ada perpisahan.

Perpisahan yang menjadi titik mula bagi saya dan mereka semua melangkah ke tempat persinggahan yang baru.

Semoga hari-hari yang telah dilalui di persinggahan ini sentiasa dalam ingatan saya dan mereka semua.


Sebiru hari ini
Birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hari kita 
Bersama disini

Seindah hari ini
Indahnya bak permadani taman syurga
Seindah hati kita
Walau kita kan berpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan berpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Tuesday 22 March 2011

PEREMPUAN.... OH ..... PEREMPUAN.....

ku nak kongsi sedikit banyak mengenai permpuan atau bahasa eloknya kaum hawa.. Seperti yang di ketahui oleh kaum2 adam, perempuan ni kadang2 susah nak tahu perangainya. x caya korang tengok pasangan masing.. ikut dan je mood dorang..:lamagawa:


Dari segi percakapan apa yang di katekan oleh pompuan pada lelaki mempunyai maksud yang berlainan. Mari aLayan Kat Bawah Ni.:-

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke,budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you.You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you a.Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua
ekoq gak yang seronok.

10. Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I,bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil,aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.gerM

HATI SEORANG INSAN YANG BERNAMA LELAKI

Assalamualaikum Jelitawan dan Mr Jelitawan yang dihormati,
Ini kisah seorang insan terpilih
Kisah bermula mengenai seorang pemuda tampan yang kuat beribadah dan sangat rajin. Suatu ketika dia menyertai� Persatuan Menunggang Basikal untuk mengisi masa terluang. Di situ dia menemui seorang gadis cantik yang berperwatakan agak kasar lalu jatuh hati. Pemuda yang sering memerhati gerak laku si gadis ini nyata tertawan dengan kelembutan yang terselindung di balik perwatakan kasar gadis tersebut. Si gadis pada mulanya sentiasa cuba mengelak dari bertemu pemuda ini tidak berjaya kerana kerajinan dan usaha tanpa jemu pemuda tersebut cuba menakluki hati gadis pujaan .
Pemuda itu sentiasa mencuri peluang untuk berlatih bersama gadis idaman hati. Waktu rehat selepas latihan pula sering diisi dengan perbincangan skill baru bagi memantapkan kayuhan di trek dan juga serba sedikit ilmu agama buat pedoman bersama. Setelah beberapa ketika berlatih bersama ternyata, si gadis cantik ini pun mula tertarik� juga padanya kerana akhlak yang baik, amal dan ibadahnya kepada Allah dan keikhlasan hati pemuda tersebut. Lama persahabatan ini diikat kuat dengan rasa ikhlas, kasih dan sayang.
Karena sudah jatuh cinta, akhirnya pemuda itu membuat keputusan untuk menghantar rombongan melamar gadis impiannya itu. Lalu meminta pendapat seorang rakan baiknya. Tetapi keputusan tersebut belum lagi dinyatakan secara jelas kepada gadis tersebut.Pemuda tersebut ingin membuat persiapan lengkap terlebih dahulu dan ingin memberi kejutan kepada gadis pujaan hatinya pada suatu tarikh yang istimewa untukmereka berdua.
Di luar pengetahuan pemuda tadi, si gadis mengidap penyakit barah darah peringkat 4. Walaupun lasak di trek , kesakitan yang cuba dihapuskan seringkali terasa jua.Walau demikian, cinta keduanya tak bisa padam bahkan semakin berkobar. Gadis malang itu akhirnya mengirim pesan melalui rakan baik pemuda tersebut apabila mengetahui� tentang kejutan yang akan dibuat oleh kekasihnya. Pesanannya berbunyi, ‘Aku tahu cintamu kepadaku, dan aku juga redha dengan ujian Allah padaku. Kerana kasih, sayang dan cintaku padamu , aku mahu kamu bahagia walaupun tanpa diri bersamu lagi nanti. Ketahuilah olehmu, sebaik-baik cinta adalah cintamu yang mampu mengiringiku menuju kebaikan.�� Dijawab oleh pemuda tadi melalui rakannya, “sayangku, janganlah dikau buat aku takut dan bersedih, sesungguhnya kita akan melalui segala kesukaran tersebut bersama dengan izin Allah. Kita pasti dapat melalui semua ini dengan baik.”
Ketika disampaikan pesan tadi kepada si gadis, nyata dia tidak mampu untuk melihat pemuda kesayangannya mengalami kesedihan dan kesukaran bersamanya. Kebaikan dan keikhlasannya sepatutnya dibalas kegembiraan bukan kesengsaraan. Lalu dia memutuskan untuk tidak lagi bertemu dan berutus khabar. Kemudian dia meninggalkan urusan dunia dan menyingkirkan perbuatan-perbuatan buruknya serta mulai beribadah mendekatkan diri kepada Allah. Akan tetapi, walaupun begitu, dia masih menyimpan perasaan cinta dan rindu pada sang pemuda. Tubuhnya mulai kurus dan kurus menahan rindu dan kesakitan,sampai akhirnya dia meninggal dunia kerana kedua-duanya.
Dan pemuda itu seringkali berziarah ke kuburnya,Dia menangis dan mendo’akanya. ” Semoga dirimu berbahagia di Syurga Allah…. Aku harap kau selalu ingat padaku di sana, kerana aku di sini juga tidak pernah melupakanmu. Demi Allah, aku tidak pernah melupakanmu . Semoga kita akan bertemu di Syurga milik Allah suatu ketika nanti.�
Setelah beberapa ketika, bonda pemuda tersebut ingin menjodohkan anaknya dengan seorang gadis pilihannya untuk mengembalikan kehidupan indah dan kegembiraan hati anaknya. Akan tetapi permintaan bonda seringkali ditolak oleh anaknya itu. “Kasihnya hanya satu, pada gadis bermata indah yang telah mencuri hatinya suatu ketika dahulu… dan kini cintanya telah dikuburkan bersama pujaan hatinya….
Selalu dikatakan lelaki tidak jujur dan tidak setia kepada cinta. Kisah ini membuktikan salah tanggapan tersebut.
Cinta adalah sesuatu yang sangat sukar dimengertikan…Hanya yang jujur dan ikhlas saja yang beruntung memiliki cinta sejati.
CINTAI ALLAH, DIA YANG KEKAL ABADI

SALASILAH NAMA : BISKUT OREO ^_^

Hmm... bermule perkenalan aku dgn salah sorang wanita di facebook. namanya penanya di facebook ( biskut marie) , kalo dgr pun memang pelik kan. Bgiku mula pelik, tapi semenjak mengenalinya dia la tempat aku kaco org, sakat org, gosip2 dan berkongsi ape2 tentang diriku.Walaupun kami cuma kenal di internet , terasa mcm dah kawan lama, hmmm.... x der lagi kawan pompuan yg aku kawn selama nieh segile dia. ( dri sudut positif la ). Sebelum nieh x der pompuan yg tahan dgn karenah dan kata2 dri aku, Setelah berjumpe biskut marie  , rasa bosan2 pada sesetengah time hilang begitu aja, walaupun hanya keja aku menyakat dia aja. Walaupun kami berdua ada pasangan masing2, still berkawan mcm seorang sahabat yg rapat. Bila difikirkan balik memang lawak pertemuan kami hanya sekadar di internet...tapi mcm kawan yg dh lama berkawan.Dari situ mybe aku terdetik hati nak letak nama di blogku nieh Biskut Oreo . @_@